Kuliah Ustaz Kamaruzaman

Kuliah Minggguan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Siri Pengajian Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal-jama'ah. Surau Haji Awang, Kampung Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.

Powered By Blogger

Siri Pengajian Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama'ah
22 Mac 2009

Siri Pengajian Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama'ah
15 Mac 2009

Dipetik dari sumber: buletinonline.net

Perubahan 'Total' Dalam Kepimpinan Pemuda PAS Terengganu

Mesyuarat Agong kali Ke 40 Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menyaksikan perubahan total kepimpinan sayap PAS bagi negeri Terengganu itu.
Sejak awal lagi, ketika majlis perasmian, pengerusi bagi majlis tersebut, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah telah mengumumkan, penyandang jawatan Ketua Pemuda Negeri tidak akan dipertahankan oleh Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

Menurutnya, Ustaz Azman yang masih belum mencapai umur 40 tahun, mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pimpinan muda pemuda mengisi ruang kepimpinan.

Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri telah dibuat secara ‘segugus’ tanpa ada pertandingan secara langsung bagi jawatan-jawatan utama.

Dalam pemilihan tersebut seramai empat orang muka baru telah dipilih oleh para perwakilan, mereka adalah Ustaz Mohd Khalil Abd Hadi, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Saudara Hishamudin dan Wan Mohd Faizul.

Selepas diisytiharkan sebagai jawatankuasa yang baru dipilih, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan pemilihan bagi jawatan-jawatan utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah dipilih melalui ‘syura’ jawatankuasa yang terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang baru, bagi sesi 2009 – 2011.

Manakala, bekas Setiuasaha, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah di pilih sebagai Timbalan Ketua.

Naib Ketua Pemuda Negeri adalah Ustaz Ridhuan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS bagi Kawasan Kuala Nerus.

Kejutan juga berlaku dengan perlantikan muka baru, Wan Mohd Faizul, Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Terengganu sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS yang baru

Upacara perasmian mesyuarat Agong DPPNT ke 40 telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mustafa Ali yang turut diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali,

Turut hadir adalah wakil DAP Terengganu Encik Ng Chai Hing dan wakil AMK Terengganu Saudara Muzafeq


Pengerusi Tetap
Ustaz Hamzah Ngah

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abu Bakar Salleh

13 Jawatankuasa DPP Terenggan Sesi 2009/2011.

1.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
2.Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
3.YB Ustaz Mohd Noor Hamzah
4.Ustaz Ridzuan Hashim
5.Ustaz Kamaruzaman Abdullah
6.Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali
7.Ustaz Ahmad Kamal Ali
8. Ustaz Hisyamuddin Abd Karim
9. Ustaz Jamaludin Jusoh
10.Ustaz Hazri Jusoh
11. Wan Mohd Faizul
12. Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz
13.Ustaz Saiful Ambia
(Disusun mengikut jumlah undi tertinggi)

PEMERIKSA KIRA
1. Badarudin Ismail
2. Zabidi Yusof

siri pengajian kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
-Arus JIL

Kitab Ahli Sunnah Wal-Jamaah
(pengajaran daripada peristiwa Hijratul Rasul)